Sejarah Pekin (ayam)

Ayam katik Pekin dipercayai telah dicuri dari koleksi peribadi Maharaja China di Peking (nama lama Beijing) semasa akhir Perang Candu sekitar tahun 1860. Walaubagimanapun, beberapa sumber mencadangkan satu hantaran burung-burung dari China pada sekitar tahun 1835 telah diberi kepada Ratu Victoria, dipercayai bernama 'Shanghai' dan burung-burung ini dibiakkan dengan lanjut dengan baka-baka import dan dikembangkan sebagai baka yang pada hari ini dikenali sebagai ayam katik Pekin. Baka ini juga dikenali di Amerika dan Kanada sebagai Cochin. Perkara ini menjadi perdebatan di antara komuniti pembiak baka pekin/cochin.